Tempat : Hotel Seri Malaysia, Kepala Batas dan
Kampung Mengkuang Titi, Pulau Pinang
Tarikh : 14 - 16 November 2011
Baru-baru ini telah diadakan buat julung kalinya satu seminar berkaitan homestay atau inap desa di negeri ini. Program anjuran Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA) ini telah diikuti oleh seramai 62 orang pengusaha homestay di mana 30 daripadanya adalah dari Terengganu.
Seminar ini merupakan satu bentuk medan perkongsian maklumat dan pengalaman oleh pengusaha-pengusaha homestay. Pembentang-pembentang kertas kerja merupakan mereka yang terlibat secara langsung di dalam industri ini. Antaranya daripada Kampung Mengkuang Titi, Permatang Pauh, Pulau Pinang,Taman Sedia, Cameron Highland, Pahang dan Kampung Sinaran Baru, Johor Baharu, Johor.
Selain daripada pengusaha-pengusaha homestay, pembentang-pembentang kertas kerja daripada agensi-agensi yang membantu membangunkan industri ini, turut berkongsi maklumat dan pengalaman iaitu PERDA, Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu (YPU), Felda, dan Pejabat Kementerian Pelancongan Malaysia Negeri Selangor.
Sepanjang seminar diadakan para peserta telah melihatkan sikap pro aktif mereka dengan melontarkan persoalan dan isu yang sering berlaku di dalam industri homestay. Segala permasalah tersebut mampu dirungkaikan dengan resolusi yang diperolehi daripada seminar ini. Selepas bermalam di Hotel Seri Malaysia, Kepala Batas para peserta seminar telah di bawa ke Kampung Mengkuang Titi, SPT untuk melihat sendiri salah satu homestay yang terdapat di negeri ini.
Selain menginap di kampung ini, mereka juga di bawa berjalan-jalan sekitar kampung di samping melihat aktiviti atau perusahaan yang ada seperti perusahaan bahulu dan dodol yang menjadi salah satu tarikan pelancong yang diusahakan oleh para penduduk. Jamuan tengahari cara kampung yang disediakan oleh penduduk Kampung Mengkuang Titi, menutup seminar yang diadakan selama tiga hari dua malam ini.
No comments:
Post a Comment