Objektif
- Memajukan masyarakat khususnya kumpulan sasar PERDA dalam semua bidang sosio ekonomi melalui usaha-usaha pembangunan manusia, ekonomi dan fizikal dengan penumpuan kepada peningkatan taraf hidup.
- Membangunkan kawasan PERDA menerusi pembangunan industri, perumahan serta kemudahan infrastruktur.
- Mengimbangi pembangunan di dalam kawasan operasi PERDA dengan kawasan di luar operasi PERDA.
Fungsi
- Memaju, menggalak, membantu dan mengusaha pembangunan ekonomi dan sosial dalam kawasan Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang.
- Memaju, menggalak, membantu dan mengusahakan pembangunan tempat tinggal, pertanian, perindustrian dan perdagangan dalam kawasan Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang.
- Mengawal dan menyelaraskan pelaksanaan aktiviti-aktiviti yang tersebut di atas di dalam kawasan Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang.