Warga kerja PERDA berjanji akan memberikan perkhidmatan yang terbaik dan berkualiti seperti berikut :
1. PERMOHONAN PEMBELIAN/SEWAAN/PAJAKAN
HARTANAH
- Permohonan penyewaan premis IKS, kedai dan gerai dijawab dalam tempoh 14 hari.
- Permohonan pembelian lot-lot industri dijawab dalam tempoh 14 hari.
- Pembaharuan perjanjian sewaan dan pajakan premis PERDA luluskan dalam tempoh 7 hari.
- Perjanjian sewaan dan pajakan premis PERDA disediakan dalam tempoh 7 hari selepas kelulusan.
2. PERMOHONAN PROGRAM USAHAWAN
- Permohonan Bantuan Pembangunan Kualiti Pembungkusan Produk IKS dipertimbangkan dalam tempoh 90 hari dari tarikh tutup permohonan.
- Permohonan menyertai kursus / seminar / latihan pembangunan usahawan dijawab dalam tempoh 3 hari dari tarikh permohonan diterima.
3. PERMOHONAN PROGRAM SPKR
- Penyaluran Bantuan Ekonomi Kecil akan diberikan dalam tempoh 30 hari selepas pengesahan.
4. PERMOHONAN PROGRAM e-KOMUNITI
- Permohonan untuk menyertai kursus / program E-Komuniti diluluskan dalam tempoh 3 hari.
5. PENGURUSAN PELAJAR DI PERDA-TECH
- Keputusan permohonan kemasukan pelajar ke PERDA-TECH dijawab dalam tempoh 30 hari dari tarikh temuduga.
6. PENGURUSAN ADUAN AWAM
- Akuan penerimaan aduan awam dikeluarkan dalam tempoh 1 hari dari aduan diterima.
- Maklum balas aduan awam dikemukakan dalam tempoh 30 hari kepada pengadu.
7. PEROLEHAN & PEMBAYARAN TUNTUTAN
- Keputusan tawaran perolehan secara tender dibuat dalam tempoh 45 hari dari tarikh tutup tender.
- Keputusan tawaran perolehan secara sebutharga dibuat dalam tempoh 30 hari dari tarikh tutup sebutharga.
- Pembayaran tuntutan bil-bil dibuat dalam tempoh 14 hari dari tarikh tuntutan diterima.