Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang atau PEnang Regional Development Authority (PERDA) mempunyai sejarah penubuhannya yang tersendiri. Bermula dengan satu cadangan Kertas Kerja Jemaah Menteri, PERDA telah berdiri megah sehingga ke hari ini seiring dengan kemajuan yang dikecapi Negara. Rentetan sejarah penubuhan PERDA dapat ditelusuri melalui tarikh-tarikh penting berikut :
3 Mac 1982
Cadangan Kertas Kerja Jemaah Menteri untuk menubuhkan Lembaga Kemajuan Pertanian Pulau Pinang (PADA)
1 Disember 1982
Kertas Jemaah Menteri disediakan untuk menubuhkan Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang
10 Disember 1982
Rang Undang-Undang Penubuhan PERDA telah dibentang dan diluluskan di Parlimen sebagai Akta 282 - Akta Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang
Dewan Sri Pinang, Georgetown (1983 - 1984) |
10 Mac 1983
Akta 282 - Akta Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang telah diwartakan
1 Jun 1983
Mesyuarat Ahli-Ahli Lembaga Pengarah yang pertama telah diadakan
21 Oktober 1988
Kawasan operasi PERDA dipersetujui dan diwartakan berkuatkuasa mulai 1 Jun 1983
Kampung Gajah, Butterworth (1998 - sekarang) |
27 Oktober 1990
PERDA telah dipindahkan dari Kementerian Kemajuan Tanah dan Kemajuan Wilayah ke Kementerian Pembangunan Luar Bandar yang kemudiannya dikenali sebagai Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah
15 Ogos 2005
PERDA telah diletakkan di bawah pentadbiran Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM) sehingga ke hari ini