Tempat : Kampung Banggol Pokok Sena S.P.U, Pulau Pinang
Tarikh : 05 Disember 2011

Bengkel ini diadakan bagi menyediakan latihan dan nota untuk dimuatkan dalam Portal e-Didik PERDA bagi mempelbagaikan latihan kepada para pelajar. Portal e-Didik PERDA dibangunkan dengan satu matlamat untuk membantu pelajar belajar menerusi on-line tanpa memerlukan buku sebagai rujukan dan sebagai satu alternative pengajaran kepada guru-guru sekolah di bawah Mutiara PDCA. Melalui portal ini, pelajar boleh mencuba menjawab soalan-soalan latihan dan mengulangkaji menggunakan nota-nota yang disediakan. Semuanya boleh dicapai hanya melalui SATU portal! http://edidik.perda.gov.my/
Walaupun Mutiara PDCA tidak melaksanakan tuisyen STPM, pelajar-pelajar STPM masih juga diberi peluang mengikuti Program In-TEG Siri 2 di Kampus Induk Universiti Utara Malaysia (UUM) Sintok Kedah pada 21 hingga 23 Oktober 2011. Pelajar-pelajar ini baru sahaja selesai peperiksaan MUET dan ini sebagai satu cara meransang minda dan membentuk label positif dalam minda. Dengan objektif di atas, diharap pelajar-pelajar ini akan berhijrah dari konflik dalaman dan luaran dan meneguhkan tekad hijrah yang dijanjikan mereka.
Sebanyak 141 orang yang hadir dan mengikutinya merupakan pelajar yang telah hadir dalam Program Jejak Menara yang diadakan pada 22 hingga 24 Julai yang lalu. Mahasiswa UUM telah menjadi fasilitator dalam keseluruhan program ini. Program ini dijangka dapat melahirkan pelajar cemerlang STPM dan mendedahkan pelajar laluan ke universiti dan persediaan awal bagi mereka menyesuaikan diri ketika pembelajaran di universiti.
Pelajar STPM yang terpilih itu adalah salah seorang dari 12 buah sekolah menengah kebangsaan di bawah agensi Mutiara PDCA; Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA), Bahagian Penyelarasan Penyertaan Bumiputera (BPPB) Pulau Pinang, Pusat Urus Zakat (PUZ) Pulau Pinang dan Jabatan Pelajaran Negeri Pulau Pinang (JPNPP). Program yang diikuti mereka ialah Program In-TEG (Integriti Remaja) Siri 1 pada 30 September hingga 2 Oktober 2011 di Kampus Induk Universiti Utara Malaysia (UUM) Sintok Kedah.
Program bermalam ini berasaskan motivasi dan kekuatan minda merupakan program latihan yang membolehkan para pelajar menerokai/memahami potensi dan kehebatan diri dan membentuk kecemerlangan diri. Sebanyak 95 orang yang hadir dan mengikutinya adalah terdiri daripada 25 pelajar lelaki dan 70 pelajar perempuan. Selain sekolah yang terlibat di atas, sekolah lain ialah SMK SMK Datuk Haji Abdul Kadir, SMK Penanti, SMK Permatang Rawa, SMK Bakti, SMK Sungai Acheh, SMK Tinggi Bukit Mertajam, SMK Telok Kumbar, SMK Sungai Ara, SMK Tun Syed Sheh Barakbah, SMKA (P) Al-Mashoor dan SM Teknik Seberang Perai.
Dalam usaha meminimumkan kadar kegagalan Bahasa Melayu SPM pada tahun 2011, PERDA bersama agensi di bawah Mutiara PDCA, telah menganjurkan satu program kepada pelajar SPM iaitu Program Pecutan Akhir Bahasa Melayu SPM pada 1 dan 2 Oktober 2011. Program telah berlangsung selama 2 hari di USM Kampus Kejuruteraan Seri Ampangan Nibong Tebal dan USM Kampus Induk, Pulau Pinang.
Hakikatnya, dalam konteks Mutiara PDCA, program ini mensasarkan kepada pelajar SPM yang lemah dalam Bahasa Melayu. Di dalamnya diberikan tips-tips mendapat markah secara minimum bagi satu-satu soalan dan seterusnya lulus dalam kertas Bahasa Melayu pada tahun ini. Bagi memastikan kesempurnaan pelaksanaan program ini, satu modul telah dibina pada 18 hingga 21 Julai 2011 untuk digunapakai pada kedua-dua hari berkenaan. Kehadiran untuk kedua-dua tempat ialah 577 orang.